slideshow

Saturday, August 18, 2012

Alhamdullillah !

Segala syukur bagi Allah taala dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ~

Alhamdulillah , ibadah puasa telah selesai di tunaikan buat tahun ini . Syawal telah menjelang tiba menandakan pergi nya bualn y mulia ini . diharapkan kedatangan syawal pada tahun ini memberi pengertian mengenai erti sebuah kemenangan ! insyaAllah !

Thursday, July 26, 2012

Marhaban ya Ramdhan !

Alhamdulillah ! Allah pertemukan lagi dalam bulan ramdhan al mubarak ini . Sesungguh nya , bulan penuh berkat ini seharusnya dipenuhi dengan amaln-amaln yang mulia.

bulan ramdhan ibarat pasar raya y wat jualan murah scra besar2ran , jalan2 pegi pasr rya tu tiada kseskn lalu lntas. then ,open 24 jam . setiap brg2 y d ble pasti dpt brg2 laen free . sma mcm bnn rmdhn ni, skali wat amln , blsn ny , ta tkira kn ? Wallahu'alam . c"

InsyaAllah ! :D

Friday, July 13, 2012

Israk dan Mikraj peringkat sekolah

Bismillahirrahmanirrahim .

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam dan selwat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW bersama ahli keluarga dan sahabat baginda .

Syukur Alhamdulillah , ana dapat mengisi lagi lembaran blog ini .
segala syukur dipanjatkan kepada tuhan kerana program nisfu syaaban peringkat sekolah telah dapat dijalankan dengan jayanya .

Pada malam berkenaan , semua warga SEMSALD menunaikan solat magrib dan isyak secara berjemaah .
Kemudian , program diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bersama penceramh jemputan .
Program diteruskan dengan tayangan perdana peringkat sekolah " di bawah lambaian kaabah " .
semua yang dirancang dapat berjalan dengan baik . semoga program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada tahun yang berikutnya . :)

Friday, July 6, 2012

Nadwah Peringkat Sekolah :)


Bismillahirrahmanirrahim ,

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah krna ana masi dbrikn peluang utk brnfs d muka bumi Allah ini . Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar ,ahli keluarga dan shbt baginda .

Hari yang baru , bcerita yang baru . disini ana ingin kongsikan mengenai prgram Nadwah peringkat sekolah yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dengan jayanya pada 23 Jun yang lalu .
Program tersebut hanya mengambil masa selama sehari dan pada malamnya majlis penutupan telah berlangsung dengan sederhana .

Alhamdulillah , para peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4 menunjukkan respon yang positif . Fasililator pula terdiri daripada ahli-ahli BADAR tingkatan 5 .


Friday, June 22, 2012

sepatah dua dari presiden BADAR SEMSALD

Bismillahirahmanirahim 



Alhamdulillah ana masih diberikan peluang untuk menjadi khalifah di muka bumi ini . Meneruskan sisa-sisa perjuangan para nabiya kita. Syukur juga dilafazkan kerana diberi kesempatan untuk mengisi ruang di blog ini. Sebenarnya ana tidak pandai bermadah pujangga seperti penge"post" di blog ini (Adz-zariyaat dan rozaini ermi) . Tetapi , cukuplah menyusun suku kata satu demi satu melafazkan apa yang tebuku di hati ini . 

 Tiap orang di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan . 
" Lelaki yang baik adalh untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. "

Bukan ana hendak katakan yang ana tertarik , berminat untuk mendirikan rumah tangga, TIDAK ! sama sekali ! Tetapi , para mujahidah yang ada di muka bumi Allah sekarang memaparkan tatapan-tatapan yang tidak patut dilihat oleh sang pencinta wanita . 

Para mujahidah seharusnya sedar mereka merupakan magnet kepada para mujahid. Tidak seharusnya terlalu ikutkan nafsu dan meletakkan populariti di tangga teratas mengalahkan titah dari ilahi. 

ana rasa sehingga ini shajalah coretan dari ana . Bukanny ana sombong tetapi malu untuk meneruskan lagi tinta dari menarikan tariannya di atas hamparan blog ini.Sebelum melafazksn kata undur diri ana hendak kongsikan bait-bait madah untuk muhasabah semua 

" Girl withour hijab is HOT, Girls with hijab is BEAUTY. Thats why HELL is HOT , and HEAVEN is BEAUTY ! "

 fikir-fikir kan lah . Maaf seandainya terkasar bahasa menyentuh hati sang pembaca. Sepuluh jari dihulur tanda memohon ampun . Sesungguhnya yang buruk itu datang dari ana dan yang baik itu datang dari Allah , Sang pencipta yang Kasihkan hambaNya . ><


Presiden BADAR SEMSALD

Mohammad Aiqat Sallihi


Tuesday, June 19, 2012

Binnabil huda ~



Bismillahirrahmanirrahim .

masa itu , warga kelas 5 Delima sedang semak paper AI , sambil2 menyemak , Ustaz Yusri pasang lagu ni  ,

Penyanyi : Unique dan InTeam
Lagu : Binnabil Huda .

Bermula saat itulah ana bersama rakan2 mula untuk menggemari lagu ini dan sesungguh nya , ketika mendgr bait2 madah y dnyayikn mmbuat hati lbih brasa tntrm dn tenang ~ 

jom , dengar ! 





searc punya search , versi BM pun ad , 





Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
'Alaikassholatu wa'alaikassalam
Wasahbika wattabi'inal kirom...

Binnabil huda nahluju dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam... 

Ya Musthopha RasullAllah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Shollu..Shollu, shollu, shollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad 

Binnabil huda nahluju dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam... 

Ya Shafi'ie..Khubbi..Yadi..
Ya RasullAllah.. HabibAllah..
Huwa al-Hadi al-Basyir
Sollu..sollu, sollu, sollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad 

Shafi'una..shafi'una..shafi'una..shafi'una..
RasulAlloh..HabibAllah..NabiyAllah..SofiyAllah..Rasulullah..

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad




bes kan ? :)


Badan dakwah dan rohani SBP

Bismillahirrahmanirrahim ,


ketika melayari dunia masing-masing , sibuk mengejar ap yang di cari , ketika itu ana membuka satu demi satu lembaran di buku 'moden' ini . ketika itu jugalah terjengah ke dlm blog BADAR SBP-SBP y lain , oleh itu, ana ingin berkongsi link-link blog tersbut sebagai rujukan semua disamping dapat membantu kita semua meluaskan ilmu Allah ini , InsyaAllah =)


> SBPI Sabak Bernam 
   http://badar-intersaber.blogspot.com/


> Sek Men Sains Teluk Intan
   http://badarsemesti.blogspot.com/


> SBPI Gombak
  http://budi-integomb.blogspot.com/


> Kolej Islam Alam Shah 
  http://badarkisas.blogspot.com/


> Sek Men Sains Seremban
  http://badarsaser.blogspot.com/


> SBPI Batu Rakit 
   http://baktibrainsktrg.blogspot.com/


> SBPI Jempol 
  http://badarsbpij.blogspot.com/


> SBPI Kubang Pasu
   http://badarsbpikp.blogspot.com/


> SBPI Temerloh 
  http://qudwahalhasanah.blogspot.com/


> SMAP Kajang
   http://dakwahsmapkajang.blogspot.com/


> SMAP Labu
  http://dakwah-kepimpinansmaplabu.blogspot.com/


> Sekolah Seri Puteri 
  http://badaiseriputeri.blogspot.com/


> Sek Men Sains Rembau 
  http://badarsemesra.blogspot.com/


InsyaAllah , ilmu y ada itu , kita sebar2 kn ya ?


sebab 


Nabi pernah bersabda  " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " 

warkah untuk muslimah tersayang



bismillah..assalamualaikum
Em berdebar-debar nya heh, nervous..
Baiklah.
Awak ni kan..cantik sangat-sangat. Entah lah, saya jumpa ramai orang cantik, tapi awak ni naturally. Banyak yg saya jumpa, lawa sebab mekap.. huhu. Saya suka tengok awak. Dari sudut mana pun, mesti lawa. Buat muke straight ke, buat muka sweet2 sikit ke, semua lawa! Sampaikan bila sy tenggok awak kan, saya mesti akan fikir, kalau macam ni lah cantiknya Allah boleh jadikan seorang manusia biasa, mcmana agaknya bidadari syurga. Sebab  nya digambarkan bidadari syurga tu, bila tengok dia, luluh hati dan jantung sbb cair, sebab lawa sangat.. tengok awk pun saya dah luluh, hik.
Tiba2 bunyi macam pelik pulak ouch, msti awk seram. :s
Tapi benda yang saya nak cakap ni, em, terlebih dulu saya nak bagitahu yang tujuan saya cakap ni tidaklah lain tetapi hanya sebab hati ni berasa terpanggil untuk menyampaikan. Eh, nanti lah saya elaborate lagi. Kita pergi dekat content dulu ea.
Awak, skrg ni, macam banyak kan modeling islamik? Dan banyak muslimah2 punya style. Berhijab.
Kita semua nak jadi muslimah yang sejati. Wanita yang solehah. Perempuan islam, yang taat kepada Allah dan Rasul, kita semua nak jadi..kan. hik.
Tapi dengan izin Allah, kadang2 kita terlepas pandang beberapa perkara yg tersesar jauh dari titik muslimah tu. Dalam hal ni, saya nak ajak kita renungkan soal hijab.
Sbelum tu, sy dgn rendah diri dan hati nak mengajak kita sama2 ponder, apa maksud hijab.
Kalau tgk ayat ni kan, “semoga terhijab segala dosaku dihadapanMu kelak”
Maksud hijab tu adalah macam tutup, cover, lindung, hilang..kan?
Actually memang maksud hijab mcm tu. Hijab – bukan refer pada sehelai kain yg disangkut di kepala dan bertujuan untuk menutup rambut sbagai aurat wanita.
Tapi hijab – refer kepada pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan menutup, melindungi, merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan.
Bila islam mewajibkan ke atas wanitanya untuk berhijab, itulah yang dia mahukan.
Bila cakap2 ni,,,tiba2 saya malu. Sebab, teringat diri sendiri, macam lah dah sempurna sangat pun, heh..
Tapi itulah, kita sama2 berusaha baiki diri, dan seru org lain. Sebabnya, kita tak nak pelihara diri sorang2, tapi kita nk saling memelihara. Dalam surah al asr kan Allah kata, demi masa, manusia tu dalam kerugian, kecuali org yg saling berpesan2 dgn kebenaran dan saling berpesan2 dgn kesabaran.
Awak..kecantikan awak yg Allah kurniakan itu, yg saya jeles tu, hihi, saya dengan rendah hati dan diri, dengan penuh jahil dan fakir, nak ajak awak hijabkan dia. Hijab di sini, hijab sperti yg islam maksudkan tadi tu – pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan menutup, melindungi, merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan – dari pngetahuan dan idea mana2 lelaki bukan mahram.
Tambahan pulak, awak ni, subhanallah, makhluk yang sangat cantik! Lagilah perlunya di hijab kan, eish, mana boleh org lelaki tengok2 awk sesuka hati, mana boleh awak yang istimewa  ni nak dihidangkan di laman2 facebook ke, majalah ke, untuk jamu mata2 lelaki bukan mahram, mana boleh! Awak yg istimewa ni, selayaknya di bungkus rapi simpan dalam laci haha.
Tak. Maksudnya, hanya lelaki terpilih saja, yg halal saja, layak mengenali awak, melihat awak apatah lagi menyentuh awak, sterusnya menyayangi dan mencintai awak hingga ke syurga Allah. Awwwww.
Kita sama2 berusaha ke arah ni. Saya menegur, bukanlah bermakna hey saya dah perfect dah berhijab, lololol..tidak. tidak sama sekali. Hijab wanita tu ada 4
Hijab tubuh, hijab mata, hijab mulut, dan hijab hati.
Kita sama2 berusaha ke arah ni. Ke arah menjadi muslimah yg sejati, wanita yg solehah, hamba yang patuh dan taat kepada Allah dan Rasul.
Jadi itulah..saya harap awak faham apa yg saya cuba sampaikan..dan saya yakin awak kan pandai, msti awak tahu apa yg patut awk buat sekarang. Saya tak perlu la bagitau satu2, sila buat ini, dan itu, kemudian ini, dan itu, hihi.. saya yakin awk dah tahu.
Kalau awk tak sure kan, betul atau tidak ini dan ini, awk berbalik semula pada konsep hijab yg basic tadi. Kmudian awk analyse la, bila awk berbuat begitu dan begini, adakah menepati konsep hiijab tadi? Kalau tidak maka bertindaklah, kalau ya maka Alhamdulillah semoga allah mengganjari usaha awak (:
saya juga pernah jauh tersesar awak. Saya juga pernah selamba je berpaling dari perintah Allah. Tapi itu pun Allah masih sudi lagi beri saya hidayah utk saya kembali pada cara hidup nya – agama nya – islam ini. Besarnya nikmat ALLAH pada saya yg hina ni, bila dia sudi tuntun balik langkah kaki saya ni utk kembali berpijak di atas jalan Nya. Padahal Dia boleh je pilih untuk biar saya, siapa suruh saya yg teruk, kan? Itulah tandanya, Allah tu Maha penyayang terhadap hamba2nya, semahu2 kita masuk syurga, Allah lagi mahu hambanya masuk syurga, se taknak2 kita kena azab, allah lagilah taknak hambanya yg Dia syg semua ni kena azab. (‘:
Masih byk lagi aspek kehidupan yg perlu saya baiki utk saya jadi betul2 jadi muslimah.
Mnyebut tentang muslimah, saya nak kongsi sikit maksudnya. Muslimah tu ialah perempuan yang islam – dalam maksudnya tu.
Islam maksudnya “tunduk, menyerahkan” kepada Allah. Perempuan yang islam, ialah prmpuan yg tunduk dan menyerahkan seluruh jiwa dan raga dia kpd Allah. Dia bersusah berpayah, hanya utk Allah. Dia bersenang bergembira, pun hanya untuk Allah. Apatah lagi dia berpakaian, bergaul, berhubung, dan sbagainya. Of course, di samping dia penuhi ibadah2 wajib. Itulah muslimah.
Bila kita mengaku kita seorang muslim, adakah kita benar2 sudah hidup dalam keadaan tunduk kepada Allah? Sama-sama muhasabah. Banyak pincangnya dalam diri saya ni awak, tapi saya tak kan sekali2 biarkan kawan2 skeliling saya pun turut berpincangan. Saya ingin membawa manusia ke syurga, walaupun saya sendiri belum tentu layak masuk ke syurga. Wallahualam.
Akhir kata, itulah saja yg saya nak smpaikan dekat awak. Kalau ada benda yg awak tak setuju, atau awk keliru, ur mostly welcomed to ask or discuss with me. (:
saya simpulkan sikit – dalam surat ni, saya dengan rendah hati dan penuh fakir ingin mengajak diri sy sendiri, dan awak, utk kita sama2 ponder balik erti hijab, dan apply kan dalam hidup kita. Wanita itu – rahsia Allah. Dan Allah akan pilih adam yang istimewa saja untuk tahu rahsia itu nanti, bila smpai masanya nanti, inshaallah (:
saya minta maaf kalau kata2 atau cara saya mnyampaikan ini salah. Saya minta maaf kalau saya buat awak terasa atau sakit hati dgn kata2 saya. Tapi kalau awak terasa atau sakit hati dgn content ini, saya tak minta maaf. Hehe. sebab mahu atau tidak, inilah syariat hidup kita selama berkemudi di bumi ini sebagai hamba Allah yg lemah dan kerdil. Maka siapalah kita untuk mngetepikan syariat, sebaliknya hidup berpandukan keinginan kita sendiri.
Sekian awak, saya sayang awak, saya sayang semua muslimah. Wallahualam  bisshawab.
Saya kongsikan petikan surah an nur untuk tatapan bersama, semoga jadi panduan (:
” Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suam imereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelak imereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam,atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kaki nyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (surah An Nuur:31)

sesungguhnya, hamba menegur diri..
sekian warkah untuk awak. (:
credit: Rusydee Artz


http://eushahidaraffar.com
di 'share' dari http://www.ilmi-islam.com

bertudung labuh ?



saya nak share artikel ni, 
Sangat memberi kesan. Moga kita terus istiqamah dan memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Bukan mudah mendapat hidayah petunjuk daripadaNya, hanya hamba yang terpilih sahaja. Maka, janganlah kita menolak hidayahnya dalam keadaan tidak disedar.

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.


“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut 
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

di 'share' ~ 

Monday, June 18, 2012

Siapa kata tak boleh sebut perkataan "SALAM" ?


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Tak Boleh Sebut Perkataan Salam, Pe Be Upon You, Sebarkan Salam, Spread A Salam



Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. Kalau kawan-kawan tengok tajuk entri ni pun, kawan-kawan dah tau kan saya nak cakap pasal apa. Entri ni saya nak tulis sikit tentang "SALAM". Biasanya blogger mesti ada facebook kan, mesti penah terbaca artikel tentang tak boleh cakap "SALAM" ni..betul tak?? Bila sorang yang dapat, maka artikel ni di share sehingga semua orang dah tau tentang masalah tak boleh cakap perkataan "SALAM". Sebelum saya cakap dengan lebih lanjut...saya nak bagi tau, bahawa entri ini merupakan pendapat saya sahaja. Yang baik, boleh diambil. Yang buruk, sila tegur dengan cara yang berhemah..


Bila saya baca artikel tentang tak boleh sebut perkataan "SALAM" menggantikan lafaz Assalamualaikum..saya agak terkejut jugak dan saya ada rasa pelik..antaranya sebab nya ialah :


1. Kenapa pula perkataan salam tu maksudnya Selamat Tinggal? Selama saya belajar Bahasa Arab, saya tak pernah jumpa dan tak pernah pula ustaz dan pensyarah saya bagi tau perkataan "SALAM" bermaksud selamat tinggal. Hasil daripada apa yang saya jumpa dalam kamus, SALAM ialah selamat. 


Ini merupakan maksud SALAM berdasarkan kamus besar Dewan Bahasa dan Pustaka (Arab-Melayu) m/s 1173 :


Islam berasal dari perkataan "Aslama, Yuslimu, Islaman"


أسلام ، يسلم ، إسلاما
Maksudnya :
1. Tunduk, patuh. 
2. Mematuhi agama. 
3. Memeluk agama Islam. 
4. Menyertai perdamaian.


Tak ada pun perkataan selamat tinggal kat situ..maksud semua baik-baik. Pe yang tak bolehnya?


2. Kenapa tak boleh sebut "SALAM" dan kenapa pula kena sebut  "AS-SALAM" ? Apa pulak beza nya. Kedua-duanya membawa erti yang sama. Kalau kawan-kawan belajar Bahasa Arab, tentu kawan-kawan tau. Kalau kita sebut SALAM, kita tak bunyi kan alif dan lam. Kalau sebut AS-SALAM, kita bunyi kan alif dan lam..ok, sekarang saya tulis dalam jawi eh. Ikut huruf asal..baru nampak.


سلام ، السلام


Itu je bezanya..makna sama kalau nak ikut kan. Cuma ada beza sikit je. Beza nya ialah SALAM nakirah (tidak ada alif dan lam)  dan AS-SALAM makrifah (ada alif dan lam). Saya bagi contoh perkataan lain ye..jom blaja Bahasa Arab sekejap. Kita tengok apa perbezaan maksudnya...


Contoh :


بيت = Rumah (membawa makna umum)
البيت = Rumah itu (membawa makna khusus)


Makna asal : sama je..rumah jugak!!


3. Kenapa pula perlu menggabungkan makna "A'KUM" dan perkataan yang lain-lain kemudian diterjemahkan dalam bahasa lain. Kan Assalamualaikum tu dalam bahasa Arab, SALAM tu dalam bahasa Arab. Kenapa mesti ikut makna dalam bahasa lain???


Perkara-perkara ni la yang saya agak pelik..tapi, saya kurang nak percaya, sebab artikel tu umpama artikel berantai. Saya tak tau siapa yang tulis, latar belakang penulis tu. Cuma artikel tu di share dari seorang ke seorang yang lain...pensyarah saya selalu cakap, kalau nak cari sesuatu sumber untuk di jadikan rujukan kajian, sumber primer adalah buku, jurnal, artikel yang disertakan dengan nama pengarang dan diterbitkan dimana.UKM ke..UM ke and so on.  Sebab sumber-sumber ni merupakan sumber yang sahih dan dah ditapis sebelum di cetak dan diedarkan kepada orang ramai. 


Kalau internet pula, jadi sumber sekunder. Sumber kedua untuk dijadikan rujukan..sebab bahan yang ada di dalam internet, tidak ditapis dan semua orang dan tidak kira latar belakang boleh mencurahkan idea serta sebarkan fahaman mereka. Macam blog juga la..semua orang boleh menulis, tidak kira umur, latar belakang pendidikan, agama, budaya dan lain-lain. Jadi, jangan lah terlalu mudah percaya kepada sumber yang datang dari internet. Kena kaji dulu, buat analisis, baru kita boleh ikut dan pegang. Jangan taqlid ( ikut membuta tuli tanpa hujah dan dalil). 


Kemudian, dalam artikel tu ada menyebut tentang Hadith Nabi kan. Tentang salam, dan dikaitkan dengan Ustaz Zawawi. Hadith tu betul dan benar. Betul la apa yang ustaz Zawawi cakapkan tu, ulasan daripada Hadith Nabi s.a.w. Mafhumnya : Perkataan yang paling baik ialah mengucapkan salam dengan lafaz Assalamualaikum.( salam sejahtera ke atas kamu). Yang menjawab pula, seelok-eloknya jawab dengan jawapan yang lebih baik. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..


Tentang teguran kirim salam tu saya setuju..sebab ustaz saya pernah ajar macam tu. Kalau kita nak kirim salam kat orang lain..kena cakap. Kirim salam "Assalamualaikum" dekat Ani. Contohnye la..jangan cakap Kirim salam kat Ani. Salah tu..


Yang mana belum baca artikel tersebut, ni saya copy paste..tentang tak boleh cakap SALAM.


Assalamualaikum..petikan ni sy amik dr email..moga beroleh manfaat dan jadikan sebagai peringatan bersama..harap sebarkan..




SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?. Apakah maksud disebaliknya ?




Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah :"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)




baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.








Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.




Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.




Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”




Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.




Jawab salam yang betul ialah ;




“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;




“WAALAI KUM SALAM”




Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.




Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.




Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.




Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.




Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.




Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..




Sekian, semoga ada manfaatnya.




Drpd: hamba Allah


Ini pula artikel tentang MENJAWAB semula artikel di atas..artikel ni ada sumber dan tahu siapa penulisnya dan logik.


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.  (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Komen daripada Mohd Fadli Yusof: Silakan share untuk kebaikan, perkataan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" itu bukan perkataan Ustaz Zawawi. Penulis note hanya pinjam kata-kata Ustaz Zawawi berkenaan cara-cara yang betul memberi salam. Perkara ini dah tersebar di blog-blog juga.

Officially posted by Ustaz Mohd Fadli Yusof on Monday, 21 February 2011 at 11:55
 Click: [Share]

p/s: len kali klau dah dpt satu2 artikel tu,.cek dulu kesahihannya..jgn men redah je


Semoga kita sentiasa berhati-hati ..jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan mesej serta email berantai. Siasat dan selidik dulu, dari mana, siapa tulis dan sebagainya.


Segala yang buruk datang dari kelemahan saya, dan yang baik datang dari Maha Pencipta


Sekian




والسلام


Sumber : atikaahmadiah


di 'share' dari http://dahagakan-ilmu-islam.blogspot.com/