bismillah..assalamualaikum
Em berdebar-debar nya heh, nervous..
Baiklah.
Awak ni kan..cantik sangat-sangat. Entah lah, saya jumpa ramai orang cantik, tapi awak ni naturally. Banyak yg saya jumpa, lawa sebab mekap.. huhu. Saya suka tengok awak. Dari sudut mana pun, mesti lawa. Buat muke straight ke, buat muka sweet2 sikit ke, semua lawa! Sampaikan bila sy tenggok awak kan, saya mesti akan fikir, kalau macam ni lah cantiknya Allah boleh jadikan seorang manusia biasa, mcmana agaknya bidadari syurga. Sebab nya digambarkan bidadari syurga tu, bila tengok dia, luluh hati dan jantung sbb cair, sebab lawa sangat.. tengok awk pun saya dah luluh, hik.
Tiba2 bunyi macam pelik pulak ouch, msti awk seram. :s
Tapi benda yang saya nak cakap ni, em, terlebih dulu saya nak bagitahu yang tujuan saya cakap ni tidaklah lain tetapi hanya sebab hati ni berasa terpanggil untuk menyampaikan. Eh, nanti lah saya elaborate lagi. Kita pergi dekat content dulu ea.
Awak, skrg ni, macam banyak kan modeling islamik? Dan banyak muslimah2 punya style. Berhijab.
Kita semua nak jadi muslimah yang sejati. Wanita yang solehah. Perempuan islam, yang taat kepada Allah dan Rasul, kita semua nak jadi..kan. hik.
Tapi dengan izin Allah, kadang2 kita terlepas pandang beberapa perkara yg tersesar jauh dari titik muslimah tu. Dalam hal ni, saya nak ajak kita renungkan soal hijab.
Sbelum tu, sy dgn rendah diri dan hati nak mengajak kita sama2 ponder, apa maksud hijab.
Kalau tgk ayat ni kan, “semoga terhijab segala dosaku dihadapanMu kelak”
Maksud hijab tu adalah macam tutup, cover, lindung, hilang..kan?
Actually memang maksud hijab mcm tu. Hijab – bukan refer pada sehelai kain yg disangkut di kepala dan bertujuan untuk menutup rambut sbagai aurat wanita.
Tapi hijab – refer kepada pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan menutup, melindungi, merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan.
Bila islam mewajibkan ke atas wanitanya untuk berhijab, itulah yang dia mahukan.
Bila cakap2 ni,,,tiba2 saya malu. Sebab, teringat diri sendiri, macam lah dah sempurna sangat pun, heh..
Tapi itulah, kita sama2 berusaha baiki diri, dan seru org lain. Sebabnya, kita tak nak pelihara diri sorang2, tapi kita nk saling memelihara. Dalam surah al asr kan Allah kata, demi masa, manusia tu dalam kerugian, kecuali org yg saling berpesan2 dgn kebenaran dan saling berpesan2 dgn kesabaran.
Awak..kecantikan awak yg Allah kurniakan itu, yg saya jeles tu, hihi, saya dengan rendah hati dan diri, dengan penuh jahil dan fakir, nak ajak awak hijabkan dia. Hijab di sini, hijab sperti yg islam maksudkan tadi tu – pemakaian, penggayaan dan perlakuan yang bertujuan menutup, melindungi, merahsiakan, cover (dll mksud sinonimnya) seorang prempuan – dari pngetahuan dan idea mana2 lelaki bukan mahram.
Tambahan pulak, awak ni, subhanallah, makhluk yang sangat cantik! Lagilah perlunya di hijab kan, eish, mana boleh org lelaki tengok2 awk sesuka hati, mana boleh awak yang istimewa ni nak dihidangkan di laman2 facebook ke, majalah ke, untuk jamu mata2 lelaki bukan mahram, mana boleh! Awak yg istimewa ni, selayaknya di bungkus rapi simpan dalam laci haha.
Tak. Maksudnya, hanya lelaki terpilih saja, yg halal saja, layak mengenali awak, melihat awak apatah lagi menyentuh awak, sterusnya menyayangi dan mencintai awak hingga ke syurga Allah. Awwwww.
Kita sama2 berusaha ke arah ni. Saya menegur, bukanlah bermakna hey saya dah perfect dah berhijab, lololol..tidak. tidak sama sekali. Hijab wanita tu ada 4
Hijab tubuh, hijab mata, hijab mulut, dan hijab hati.
Kita sama2 berusaha ke arah ni. Ke arah menjadi muslimah yg sejati, wanita yg solehah, hamba yang patuh dan taat kepada Allah dan Rasul.
Jadi itulah..saya harap awak faham apa yg saya cuba sampaikan..dan saya yakin awak kan pandai, msti awak tahu apa yg patut awk buat sekarang. Saya tak perlu la bagitau satu2, sila buat ini, dan itu, kemudian ini, dan itu, hihi.. saya yakin awk dah tahu.
Kalau awk tak sure kan, betul atau tidak ini dan ini, awk berbalik semula pada konsep hijab yg basic tadi. Kmudian awk analyse la, bila awk berbuat begitu dan begini, adakah menepati konsep hiijab tadi? Kalau tidak maka bertindaklah, kalau ya maka Alhamdulillah semoga allah mengganjari usaha awak (:
saya juga pernah jauh tersesar awak. Saya juga pernah selamba je berpaling dari perintah Allah. Tapi itu pun Allah masih sudi lagi beri saya hidayah utk saya kembali pada cara hidup nya – agama nya – islam ini. Besarnya nikmat ALLAH pada saya yg hina ni, bila dia sudi tuntun balik langkah kaki saya ni utk kembali berpijak di atas jalan Nya. Padahal Dia boleh je pilih untuk biar saya, siapa suruh saya yg teruk, kan? Itulah tandanya, Allah tu Maha penyayang terhadap hamba2nya, semahu2 kita masuk syurga, Allah lagi mahu hambanya masuk syurga, se taknak2 kita kena azab, allah lagilah taknak hambanya yg Dia syg semua ni kena azab. (‘:
Masih byk lagi aspek kehidupan yg perlu saya baiki utk saya jadi betul2 jadi muslimah.
Mnyebut tentang muslimah, saya nak kongsi sikit maksudnya. Muslimah tu ialah perempuan yang islam – dalam maksudnya tu.
Islam maksudnya “tunduk, menyerahkan” kepada Allah. Perempuan yang islam, ialah prmpuan yg tunduk dan menyerahkan seluruh jiwa dan raga dia kpd Allah. Dia bersusah berpayah, hanya utk Allah. Dia bersenang bergembira, pun hanya untuk Allah. Apatah lagi dia berpakaian, bergaul, berhubung, dan sbagainya. Of course, di samping dia penuhi ibadah2 wajib. Itulah muslimah.
Bila kita mengaku kita seorang muslim, adakah kita benar2 sudah hidup dalam keadaan tunduk kepada Allah? Sama-sama muhasabah. Banyak pincangnya dalam diri saya ni awak, tapi saya tak kan sekali2 biarkan kawan2 skeliling saya pun turut berpincangan. Saya ingin membawa manusia ke syurga, walaupun saya sendiri belum tentu layak masuk ke syurga. Wallahualam.
Akhir kata, itulah saja yg saya nak smpaikan dekat awak. Kalau ada benda yg awak tak setuju, atau awk keliru, ur mostly welcomed to ask or discuss with me. (:
saya simpulkan sikit – dalam surat ni, saya dengan rendah hati dan penuh fakir ingin mengajak diri sy sendiri, dan awak, utk kita sama2 ponder balik erti hijab, dan apply kan dalam hidup kita. Wanita itu – rahsia Allah. Dan Allah akan pilih adam yang istimewa saja untuk tahu rahsia itu nanti, bila smpai masanya nanti, inshaallah (:
saya minta maaf kalau kata2 atau cara saya mnyampaikan ini salah. Saya minta maaf kalau saya buat awak terasa atau sakit hati dgn kata2 saya. Tapi kalau awak terasa atau sakit hati dgn content ini, saya tak minta maaf. Hehe. sebab mahu atau tidak, inilah syariat hidup kita selama berkemudi di bumi ini sebagai hamba Allah yg lemah dan kerdil. Maka siapalah kita untuk mngetepikan syariat, sebaliknya hidup berpandukan keinginan kita sendiri.
Sekian awak, saya sayang awak, saya sayang semua muslimah. Wallahualam bisshawab.
Saya kongsikan petikan surah an nur untuk tatapan bersama, semoga jadi panduan (:
” Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suam imereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelak imereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam,atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kaki nyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (surah An Nuur:31)
sesungguhnya, hamba menegur diri..
sekian warkah untuk awak. (:
http://eushahidaraffar.com
di 'share' dari http://www.ilmi-islam.com
No comments:
Post a Comment