auzubillahi minassyaitanirrajiim.
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah?Padahal, Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya).(al hadid 57:10)
Zasss!! Tak ke melibas tajam tu.
Memang la tak. Bagi, hati-hati yang keras, atau mungkin..mati? ZASSSS *aduh, sekali lagi*
Maaf la ya. Tapi sekali sekala, (diri sendiri ni) memang nak kena dihujani dengan badai sinis/pedas mencili sikit, bagi kembang subur balik rasa insaf dalam hamparan jiwa ni. Maklumlah, dah membeku. Paling last disiramkan dengan air mata cinta di atas hamparan sejadah, entah bila. Tak setandingnya dengan ke-istiqomah-an bersia-siaan di sana sini. Astaghfirullah. *facepalm.
Di mana dia manusia-manusia yang mengaku dia nak masuk syurga, taknak masuk neraka tu? Tapi hairan, perkataan taqwa macam vocabulary asing dalam kamus hidup dia. Iman, berlegar-legar di hujung lidah saja. Tapi beku di sendi-sendi kaki dan tangan.
“Aku yakini Allah, Aku yakini malaikat, Aku yakini para Rasul, Aku yakini kitabNya, Aku yakini hari pembalasan, Aku yakini qada’ dan qadarNya..” Lancar lidah buahkan kata. Tapi hairan, tidur bangun nya, pejam celiknya, berkata atau diam nya dia, makan minum dia,siang malam nya, berlalu pergi dilenturkan oleh nafsu. Setiap inci pekerjaan dia, membuntuti nafsu. Nak seronok. Nak puas sendiri.
Lagak hidupnya, seolah-olah hari pembalasan tu kisah dongeng yang jauh tak berpenghujung.
Sampai masa, dia akan berubah. Sampai masa, hidupnya seluruh hanya untuk Allah. Sampai masa, dia nak stop dah benda-benda lain ni. Focus dekat amal ibadah je. Bila tu?
“Nanti. Dah tua-tua, dah settle down nanti.”
Hah yelah, dah tua-tua nanti. Masa urat dah mengecut, otot dah melonggar, nak sujud rukuk pun sakit pinggang sakit lutut. Juzuk amma pun ingat-ingat lupa, nak hafal, mata dah rabun. Nak bangun tahajjud dah tak larat, puasa sunat tak larat.
“nantilah..masa muda ni aku belajar rajin-rajin, kerja cari duit semua. Dah tua nanti, aku focus la dekat amal ibadah..”
Itu yang kau nak beri pada Allah? Sisa baki tu?
…
Ok situasi lain sikit lah, mari.
Berapa bahagian dari pendapatan bulanan, kita infakkan, sedekahkan?
“tak tentu jugak. Kalau ada lebih, boleh lah.”
Ya. Tapi shopping bukan main. Handphone lepas tukar, tukar. Baju seluar tak yah cakap la kan. Kereta, modify sana modify sini, setiap kali gaji setiap kali tu lar. Jalan sana jalan sini, spending sana spending sini. ada lebih, ada yang dah tak mau, baru sedekahkan.
Itu yang kau beri pada Allah? sisa baki tu?
Padahal, harta tu, habis dekat dunia. Tak angkut sampai padang masyar pun. Kat liang lahad lagi dah tertinggal. Harta yang ‘ikut’ sampai ke padang masyar nanti, cuma harta yang di sedekahkan je.
…
Nanti dulu. Ada lagi situasi lain, mari.
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Familiar? Ya. Sangat.
Kemana masa kita? Kemana.. Bilanya, baru nak duduk baca dan taddabur isi alquran, nak solat sunat dhuha, nak bangun tahajjud bermunajat di sepertiga malam, nak solat penuh khusyuk dan hayati setiap baris kalimat nya tu, dan lain-lain lagi, bila?
Bila ada masa lapang. Sahaja.
Ya. Kalau masa kita tu sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, study, kerja rumahtangga segala, tak apa. Itupun, kalau kita buat kerja-kerja ni sebagai jihad lah.
Tapi kalau masa kita tu duk habis pergi jalan-jalan, tengok movie, dengar radio, berborak bermain, dah puas cari keseronokan, pastu BILA ADA MASA FREE, bila dah tak ada benda nak dibuat, baru itu nak beribadah nya, maka
Itu yang kau beri pada Allah? Sisa baki tu?
Yakin ke, yang Allah akan terima pemberian yang dah ‘membusuk’. Yang bukan dibuat atas dasar taat dan cinta pada Dia. ?
Wallahualam. Siapalah saya untuk menghukum. Siapalah kita untuk melabel, amal siapa Tuhan terima dan amal siapa tidak. Kita hanya mampu ingatkan diri sendiri, dan semua, bahawa kalau untuk benda lain kita boleh peruntukkan harta, masa dan tenaga kita yang bernilai dan berkualiti tu, tapi untuk Allah kita peruntukkan yang sisa baki saja, maka ZALIM lah kita.
…
Berjayalah orang-orang yang beriman. Yaitu yang khusyuk dalam solatnya, dan meninggalkan perbuatan dan perkataan sia-sia. (al mukminun)
Maka automatik, RUGI lah orang-orang yang sebaliknya.
Oh ya, kehadapan para daie.
Apa khabar kerja dakwah mu. Adakah cuma, di masa lapang?
..
“everyone who is being over taken by death, ask for more time. While those who still have time, make excuses for procrastination” – Saydina Ali bin Abu Thalib.
…
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah?Padahal, Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya).(al hadid 57:10)
Zasss!! Tak ke melibas tajam tu.
Memang la tak. Bagi, hati-hati yang keras, atau mungkin..mati? ZASSSS *aduh, sekali lagi*
sesungguhnya, hamba menegur diri..
http://eushahidaraffar.com
di 'share' dari http://www.ilmi-islam.com

No comments:
Post a Comment